Monday, 13 June 2016

Barang-barang keperluan untuk masuk universiti/kolej/asrama

Assalamualaikum. 

Aku rasa, ni post aku yang first kot kat blog ni. Hua hua hua. Okay, as suggested by the title, aku decide untuk mulakan posting kat blog dengan posting this list of shtuffs that I myself rasa penting, perlu and so on kalau nak masuk universiti ke kolej ke asrama ke, you name it.

  Basically, apa yang kau akan buat bila menjejakkan kaki ke alam universiti or kolej asrama ialah kau akan meninggalkan segala perkara, manusia, perasaan kau kat rumah dan sekolah lama kau. Semuanya baru. Oleh itu, untuk memulakan hidup baru kat kolej or asrama, hendaklah or perlulah or wajiblah bagi kau untuk membawa, mengangkut, mengheret segala macam barang ke tempat kediaman baru kau.

  Bagi aku, aku sendiri seolah-olah mengangkut supply barang-barang yang dah macam untuk 10 tahun punya bekalan ke Kolej Dahlia 2 yang berlokasi di UiTM Dengkil ni. Memanglah, pelajar asasi akan stay kat UiTM Dengkil (which is the current pusat asasi for all UiTM asasi students) for 2 sems which approximately for less than one year.

  Macam-macam aku bawak. Tapi ingat ni, BIARLAH KAU BAWAK BANYAK BARANG TIME PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN, TAKDE SAPE NAK JUDGE. BAWAK JE SEMUA YANG PERLU DAN PENTING WALAUPUN KAU RASA "Ishh banyaknya, buang sikitlah barang, takut nanti orang gelak," ingat my dear, bawak je time pendaftaran tu. Takde masa kau nak balik kampung halaman, angkut second batch barang kau naik bas ke tren ke apa ke, takde maknanya. Semua itu hanya akan menyusahkan mobiliti kau dari satu tempat ke tempat yang lain.  

  Okay, okay. I know. I talk a lot. I know. Let's get back to the main point. Benda penting perlu dibawa.

UITM DOCS CHECKLIST:

Now, yang ni lebih kepada students UiTM (nama pun UiTM docs checklist -,-)

1) Surat tawaran 4 copies (banyak copies pun takpe, tak kisah, simpan, mana tahu nak guna nanti)
2) Borang A
3) Borang B (Jangan lupa, tampal gambar passport kau siap-siap, baru lawa. But seriousy, tampal siap-siap)
4) Bil bayaran yuran yang telah dijelaskan (yang kau bayar kat Bank Islam tu)
5) Kad pengenalan ori dan salinan ( sila sahkan )
6) Salinan kad pengenalan mak dan ayah (sila sahkan)
7) Sijil lahir ori dan salinan (sila sahkan )
8) Sijil lahir mak dan ayah (sila sahkan)
9) Sijil SPM ( kan sijil tu kena tunggu, so bawak slip pun okay, and sila sahkan)
10) Gambar passport 8 keping (the more, the merrier, biar gambar-gambar passport kau bergembira sesama mereka di dalam dompet, taklah kesunyian)
11) Borang C: Medical checkup dan x-ray.
12) Borang D: Borang pengesahan akuan pendapatan ATAU penyata gaji ibu bapa ATAU borang cukai pendapatan (borang EA/EC)

Ingat, borang-borang ni lagi penting untuk dibawa dari pakaian, makanan, sabun mandi dan segala. INGAT, sehingga kau dah siap daftar and oficially student UiTM barulah kau boleh menarik nafas lega regarding this documents yang pada pendapat aku, tersangatlah annoying hmmm.
AND ini semua berdasarkan masa aku daftar jadi student asasi uitm dengkil tahun 2016. So, in the future tak mustahil akan ada alterations terhadap dokumen-dokumen tersebut. Jadi, sila jadikan UiTM sebagai main source of information okay!

CLOTHING

Okay, disebabkan aku ni jantinanya female, aku akan bagi list dari a female perspective. So kalau yang lelaki tu, ampun ya. Korang try tanya abang-abang kat twitter ke, instagram ke, mana-mana jelah.

1) Baju kurung (aku bawa lebih kurang 7 helai, cukup untuk 7 hari dalam seminggu. Acewah, bukan tiap-tiap hari pakai baju kurung, cuma Isnin dengan Jumaat je)
2) Jubah (untuk yang selesa berjubah. Jubah hitam pun okay, boleh pakai untuk hari Rabu bagi Law students, black and white day kononnya hahahah. ada distinction daripada other asasi students at least. Black and white day ni korang nak pakai apa pun tak kisah asal black and white AND ikut sahsiah diri siswa/siswi UiTM)
3) Kain dalam
4) T-shirt lengan panjang
5) Seluar track
6) Inner
7) Baju tidur
8) Seluar tidur
9) Kain batik
10) Sweater/Jacket?Cardigan
11) Panties
12) Bras
13) Kain hitam
14) Baju muslimah or blouse labuh

(Tak semestinya perlu ikut tapi, yang ni lah yang aku bawak dan alhamdulillah hidup aku tenang di sini)

TUDUNG

Tak diwajibkan bertudung tapi, kalau ikut hukum, yang Islam, perempuan dan dah baligh tu wajib kan bertudung? Takde sape kisah kau pakai tudung ke tidak kat sini. Tapi time CTU( subjek agama) macam pelik la kan kalau freehair. Aku pun tak kisah kau nak bertdung ke tidak, takde paksaan tapi, sebab semua dah besar, boleh fikir dah apa yang betul dan apa yang tidak.

1) Bawal crepe (ikut kesukaan kau. kenapa bawal crepe? Sebab senang bentuk, jimat masa, murah)
2) Bawal crepe hitam (well, warna hitam bagi aku warna wajib)
3) Shawl (siapa-siapa yang fashionista/ijabista tu dont worry, belitlah shawl kau keliling kepala, everything is A-Okay!)
4) Tudung serlum/ariani?? alaaaa yang jenis pakai je tu, Syria ke, tak kisah (maybe ada aktiviti sukan ke, who knows)
5) Anak tudung (bawaklah banyak-banyak, kan selalu hilang)
6) Brooch, pin, peniti ( macam aku kata, benda yang senang hilang, silakanlah sediakan stok)

TOILETRIES

Bagi yang sedar akan kepentingan personal hygiene.

1) Sabun mandi
2) Syampu
3) Ubat gigi
4) Perfume
5) Bedak
6) Deodorant
7) Nail clipper
8) Cotton buds
9) Shaver
10) Face cleanser
11) Toner
12) Moisturiser
13) Bakul toiletries
14) Kotak toiletries (buat letak dalam lokar)

LAUNDRY

1) Laundrybag/bakul
2)Hangers (bawak banyak-banyak please)
3)Detergent
4) Gayung
5) Iron (yang ini tidak disediakan dan perlu didaftar kalau nak bawak)
6) ironing board (aku guna yang housemate punya)
7)Pillowcase

STATIONARY
Aku rasa yang ni korang beli sma macm time kat sekolah dulu pun okay.

KEAGAMAAN

1) Telekung
2) Sejadah
3) Al-quran
4) Yasin
5) Al-Mathurat

BILIK

1) Bantal
2) Cadar
3) Pillowcase
4) Selimut
5) Tuala
6)Tong sampah kecik
7) Plastik sampah
8) Cermin
9) Mini sewing kit
10) Pewangi lokar
11) Pewangi bilik

GADGET

1) Laptop (kena daftar)
2) Charger laptop
3) Earphone
4) Pendrive
5) Smartphone korang
6) Charger phone
7) Extra USB cable (utk charge phone ke, powerbank ke apa ke)
8) Powerbank
9) Water heater (yang ni bukan gadget tapi, ermmm. malam-malam teringin megi, kau nak rebus air guna apa? Aku guna yang housemate aku punya je and yang ni juga perlu didaftar)

Well, aku rasa itu saja kut. Kalau rasa ada yang terlebih ke, terkurang ke, sila tolak atau tambah atas your own personal reference ya. Kalau ada apa-apa tanyalah, comment ke, email ke, dm insta ke apa-apa lah, kalau aku boleh jawab, aku akan post :)